Banner created with MyBannerMaker.com

Saturday, 24 December 2011

Im back!

Ummi & Me *cantek x susuk belian tepi mata!

Dinner da settle tu ari 3/12/2011..Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang di rancang walaupun terpalit sedikit kesulitan..biasa la mana ada lam dunia ni yang perfect ye x? yang penting boss suke!

Dan jugak..Alhamdulillah syukur kepada Ilahi..bonda da selamat sampai ke tanah air pada 5/12/2011 jam 7.30pm di Senai International Airport. HAPPY!!

Sara, Kak Epal & Abang Nuar - tengah tunggu nenek sampai 

Ololololo sihat bebeno adik aku yg kat ujung belah kiri tuh!

Saturday, 26 November 2011

Nasi Goreng Satey

Salam Maal Hijrah buat semua Muslimin dan Muslimat..Semoga hijrah tahun ini membawa kepada penghijrahan yang lebih baik untuk diri kita..Insyallah..

Wokeh lama dah x update..mcm yg aku bagi tau kat entry before ni la kan aku busy ngan dinner preparation..
so tanpa melengahkan waktu walaupun nak masuk tengahari dah ni kan aku kongsikan gak resepi sarapan pagi tadi..

Kekadang tu kalau kita beli satey mesti x habis makan kan? nak panaskan sok paginye macam da keras lak..so dari terbuang tu elok kite buat perencah dalam nasi goreng..sodapp!

Bahan
10 Biji cili padi*
Selabu bawang besar*
Seulas bawang putih*
1 inc belacan*
Senggengam ikan bilis*
Satey - dileraikan dari lidi dan hiris sederhana (kalau satey tu kecik x payah hiris pun x pe)
2 Biji telur
Nasi sejuk
Garam secukupnya
*tumbuk halus / kisar


Cara
Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan tumbuk hingga garing sedikit jangan garing sangat nanti hangus lak. Masukkan satey dan garam dan gaul rata.

Pecahkan telur kemudian tuangkan nasi sejuk di atas telur tadi hingga agak telur tu nak masak baru gaulkan semua bahan di dalam kuali tu bersama dengan nasi hingga rata.

Sedia untuk di hidang..Sarapan pagi yang simple dan mengenyangkan!

Friday, 18 November 2011

Sup Ayam Bersama Sayur Campur

    Lagu: Ayam - Jalil Hamid Ayam. Bermacam ayam. Ada ayam kampung, ayam hutan, Ayam siam, ayam turki, ayam belanda. Ayam Hutan, boleh terbang. Ayam kampung dalamlah reban. Ayam bandar di dalam pasar.... Ibu. Si ibu ayam. Telor sebijik. Riuh sekampung.... Kata bidalan, berkaki ayam. kalau makan, ajak-ajak ayam. Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam. Kalau tak nampak itu rabun ayam..... Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng. Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam...
Bahan Bahan

4 ketul bahagian ayam yang korang suka
3 biji kentang - belah 4
1 batang carrot - kerat 4 then belah 3 atau 4
3 batang seleri - hiris 
Kobis bunga
10 - 12 helai cendawan
1/2 inch halia - tumbuk
1 biji bawang merah - tumbuk
2 biji bawang putih  - tumbuk
Rempah Sup - den guna adabi
Air 
Garam secukupnya



Cara Cara

Tumis bahan tumbuk sampai naik bau kemudian masukkan rempah sup bersama air secukupnya.
Masukkan ayam dan kentang da biarkan hingga empuk kemudian baru masukkan sayuran campur yang lain. Perasakan dengan garam.

Boleh di taburkan daun bawang atau sup bersama bawang goreng. <- ni aku x letak sebab sara tak suka.


Menu sempoi je la arini coz daddy balik lambat..so ni untuk aku yang tengah berdiet & sara yang memang suka makan sup & sayur..selamat menjamu selera wokeh!

hello peepps!


aihh at seminggu x besiaran yerk..bz sangat aku ni..preparation utk dinner nanti..
aku ingat arini nak masak sup ayam je sebab daddy xde..daddy keje sampai malam.
sat g pas masak aku update lagik okeh!!

*tengah melayan anak dara aku nyanyi..

Friday, 11 November 2011

Onde Onde (Buah Melaka)


Onde Onde ni aku wat untuk Tea-Time arini..sedap di makan sambil menghirup secawan teh panas..
Mr.Hubby memang favrot kuih ni tapi kalau die nye aku tak bubuh kelapa parut tu sebab die suke makan camtu je..hikss so terpulang la pada citarasa memasing..

Bahan-bahan

Tepung Pulut
Perisa pandan - 1st
Pewarna hijau - 1 st
Kelapa parut putih
Gula melaka - di parut halus atau di potong dadu kecik
Garam
Air

*aku tak letak measurement sebab lain orang lain sukatannya kan..so terpulang la pada alat sukatan masing2..cam aku guna lebih kurang 3 senduk nasi tepung pulut tu dan sukat air guna cawan sikit demi sikit sehingga adunan boleh di gentel.

Cara

Satukan tepung, perisa pandan dan pewarna hijau dalam bekas adunan, tuang air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga adunan boleh di gentel.

Didihkan air di dalam periuk.

Ambil sedikit adunan dan leperkan di atas telapak tangan, leperken mengikut kesesuaian saiz yang anda suka. Kemudian letakkan gula melaka yang telah di parut / dadu tadi ke tengah tengah adunan yang telah dileperkan. Tutup kemas adunan dan bulatkan.

Adunan yang telah di bulatkan tadi masukkan ke dalam air didihan dan tunggu sehingga ia timbul *kalau x timbul jangan memandai nak angkat tu x masak lagik namenya!

Setelah semua onde onde tersebut timbul angkat dan toskan kemudian golekkan di atas kelapa parut yang telah di gaul dengan sedikit garam.

Sedia untuk di makan! ngapppp!

Maggi Blackpepper Beef

Sempena Aidiladha confirm ramai di kalangan kite yang membuat ibadah korban kan..dan confirm jenjiran tetangga mendapat agihan dari daging korban tersebut..bemacam2 la pulak resepi yg dok di pikirkan dek sang suri contohnye Sup daging pehhh sodap wehh cicah roti time sup tu pepanas lagik kan..amboihh kecur lak aku!

Ok ler meh aku nak share resepi instant bagi suri yang bekerja lak tu balik traffic jem kan sampai umah da lambat hubby lak wat muka kelaparan sambil tepok2 perut tudiahhh..kelam kabut capai kitchen gadget!



Maggi Black Pepper Beef
Sumber: Maggi

Bahan-bahan

Minyak masak
Daging lembu - di rebus terlebih dahulu dan hiris nipis (lebih bagus kalau dapat daging batang pinang takyah nak rebus empuk).
Kentang - wedges cut
Bawang besar - hiris membulat
Perencah Maggi Black Pepper
Garam secukup rasa
2 cawan air



Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan kentang dan daging lembu kemudian goreng sebentar hingga masak (jangan sampai garing lak).
Setelah kentang dan daging masak, tumiskan pula bawang besar sehingga agak kekuningan kemudian boleh la di masukkan perencah Maggi Black Pepper dan 2 cawan air kemudian kacau rata dan biarkan hingga didih. Tambahkan garam dan serbuk perasa jika suka. 

*sekiranya korang rasa kuah black pepper ni tak berapa nak pedas, korang bole tambahkan lagi serbuk black pepper ikut pada tahap kepedasan yang korang suka.


Thursday, 10 November 2011

Menanti kepulangan Bonda..

Labaik Allahumma Labaik..mak & uncle aku g menunaikan haji..semalam mak sms bagi tau da lengkap rukun hajinya..Alhamdulillah..now dorang da balik ke Mekah and 26hb ni akan balik ke Madinah..Insyallah 5 Dec ni dorang balik ke tanah air..aihh rindunya nak makan laksa johor kat mak aku..si  sara lak x abis2 kalau nampak je gambar Mekah dok jerit2 cakap nenek! nenek! seb bek la dunia ni da canggih kan..dapat la call nenek dia yg jauh tu..siap menyanyi2 lak mak aku lagu nenek nenek si bongkok 3! melayan cucu katenye..

Subahanallah..bila giliran kita pulak ye?