Friday, 11 November 2011

Onde Onde (Buah Melaka)


Onde Onde ni aku wat untuk Tea-Time arini..sedap di makan sambil menghirup secawan teh panas..
Mr.Hubby memang favrot kuih ni tapi kalau die nye aku tak bubuh kelapa parut tu sebab die suke makan camtu je..hikss so terpulang la pada citarasa memasing..

Bahan-bahan

Tepung Pulut
Perisa pandan - 1st
Pewarna hijau - 1 st
Kelapa parut putih
Gula melaka - di parut halus atau di potong dadu kecik
Garam
Air

*aku tak letak measurement sebab lain orang lain sukatannya kan..so terpulang la pada alat sukatan masing2..cam aku guna lebih kurang 3 senduk nasi tepung pulut tu dan sukat air guna cawan sikit demi sikit sehingga adunan boleh di gentel.

Cara

Satukan tepung, perisa pandan dan pewarna hijau dalam bekas adunan, tuang air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga adunan boleh di gentel.

Didihkan air di dalam periuk.

Ambil sedikit adunan dan leperkan di atas telapak tangan, leperken mengikut kesesuaian saiz yang anda suka. Kemudian letakkan gula melaka yang telah di parut / dadu tadi ke tengah tengah adunan yang telah dileperkan. Tutup kemas adunan dan bulatkan.

Adunan yang telah di bulatkan tadi masukkan ke dalam air didihan dan tunggu sehingga ia timbul *kalau x timbul jangan memandai nak angkat tu x masak lagik namenya!

Setelah semua onde onde tersebut timbul angkat dan toskan kemudian golekkan di atas kelapa parut yang telah di gaul dengan sedikit garam.

Sedia untuk di makan! ngapppp!

1 comment: