Saturday, 26 November 2011

Nasi Goreng Satey

Salam Maal Hijrah buat semua Muslimin dan Muslimat..Semoga hijrah tahun ini membawa kepada penghijrahan yang lebih baik untuk diri kita..Insyallah..

Wokeh lama dah x update..mcm yg aku bagi tau kat entry before ni la kan aku busy ngan dinner preparation..
so tanpa melengahkan waktu walaupun nak masuk tengahari dah ni kan aku kongsikan gak resepi sarapan pagi tadi..

Kekadang tu kalau kita beli satey mesti x habis makan kan? nak panaskan sok paginye macam da keras lak..so dari terbuang tu elok kite buat perencah dalam nasi goreng..sodapp!

Bahan
10 Biji cili padi*
Selabu bawang besar*
Seulas bawang putih*
1 inc belacan*
Senggengam ikan bilis*
Satey - dileraikan dari lidi dan hiris sederhana (kalau satey tu kecik x payah hiris pun x pe)
2 Biji telur
Nasi sejuk
Garam secukupnya
*tumbuk halus / kisar


Cara
Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan tumbuk hingga garing sedikit jangan garing sangat nanti hangus lak. Masukkan satey dan garam dan gaul rata.

Pecahkan telur kemudian tuangkan nasi sejuk di atas telur tadi hingga agak telur tu nak masak baru gaulkan semua bahan di dalam kuali tu bersama dengan nasi hingga rata.

Sedia untuk di hidang..Sarapan pagi yang simple dan mengenyangkan!

No comments:

Post a Comment